Surat Eletronik

Kepada,
Pengetua-Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah Sekolah Kebangsaan dan Menengah
Seluruh Malaysia

Per: Kelab Bijak sifir Alif 1 Malaysia
Assalamulaikom

Adalah di maklomkan bahawa kami dari unit Pembangunan dan Penyelidikan (R&D) STES-KYM(Kolej Yayasan Melaka) telah membangunkan kaedah menguasai Sifir Asas dan Fakta Asas Matematik yangmana telah terbukti telah banyak membantu murid-murid sekolah rendah dan menengah dalam kemahiran fakta asas.(Klik testimoni)

Oleh yang demikian kami amat berterimakasih sekiranya pihak sekolah-sekolah yang berminat untuk mengetahui teknik ini untuk menghubungi pihak kami.

Program bijak sifir alif 1 Malaysia ini adalah satu kaedah yang pertama di perkenalkan di Malaysia. Dengan kepakaran unit R&D kami ini, kini murid-murid akan melihat matematik adalah satu mata pelajaran yang menyeronokkan.

Bagi sekolah-sekolah yang berminat untuk mengujudkan kelab Bijak sifir Alif ini, kami sedia membantu dari segi perlaksanaannya.

Sekian salam hormat,

Ab.Rahim bin ab.samad
Motivator Bijak sifir 1 Malaysia
0136202009

Dr.Abdul Karim bin Mohammad
CEO STES-KYM
Pembangunan&Penyelidikan
Kemahiran Fakta Asas



FAQ

Mengapa dinamakan bijak sifir 1 Malaysia
Adalah menjadi azam KYM-STES memperkenalkan kepada generasi baru rakyat Malaysia untuk menguasai sifir kreatif ini dan dapat menguasai sifir sebelum masuk ke tahap 2.

Kenapa kelab ini patut di tubuhkan di sekolah sekolah rendah dan menengah?

Kami berpendapat aktiviti ko kurikulom sediaada haruslah di suntik dengan pengisian yang lebih berkualiti dimana kepakaran kami adalah untuk membantu murid-murid yang lemah dan sederhana serta yang tidak meminati matematik akan seronok dengan kaedah yang akan kami perkenalkan.

Siapakah sasaran murid yang digalakkan untuk memasuki Kelab ini?

Sasaran murid adalah murid tahun 4 dan 5, yang lemah fakta asas dan yang berminat untuk menyertai kelab ini. Setiap satu sessi murid-murid adalah seramai 20-30 orang.

Berapa lama murid-murid akan mengikuti kelab ini?
Murid-murid akan mengikuti program ini selama 4 minggu. Ini bermakna kelab ini akan memberi peluang kepada 200 ke 300 murid-murid dalam setahun.

Apakah faedah yang akan diperolehi oleh murid-murid selepas sebulan mengikuti kelab ini.?
Setelah mengikuti program ini selama satu bulan murid-murid akan;

1) boleh membina sifir 2-8 dibawah 2 minit.
2) boleh membina sifir 8 secepat sifir 2
3) boleh membina sifir 4 dan 6 dalamasa 10 saat tiap satu
4) boleh membina sifir 3,7 dan 9 dalamasa 5 saat tiap 1
5) boleh membina sifir 12-99 menjimatkan dengan menjimatkan 50% masa.

Berapakah bayaran yang dikenakan?
Bayaran yang akan dikenakan ialah sebanyak RM10.00
sahaja.

Adakah sebarang alat bantu mengajar yang akan digunakan?

Ada. bagi memastikan murid-murid merasa seronok dan menarik minat mereka, kami telah membangukan ABM
yang mesra murid.

Sekiranaya kami berminat siapa yang harus kami hubungi?
Hubungi En. Ab.Rahim bin Ab.Samad 0136202009
back

Monday, January 11, 2010

Aktiviti Minggu kedua

11/1 - Berjumpa Guru Besar Sekolah Keb Peringgit Tuan hj Yakop Othman. Pada dasarnya
bersetuju untuk program "Bijak Sifir untuk semua murid tahun 6" dan satu
siri preview percuma pada Khamis 14/1 jam 12.00 tengahari
- Berjumpa Guru Besar Sekolah Keb.Bukit Lintang.Setuju untuk program dan akan
di confirmkan oleh guru Kaunseling pada masa terdekat.
- Berjumpa Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Tembakau. Komen
satu program yang menarik.Berminat dan akan hubungi kemudian.
- Berjumpa Guru Kaunseling Sek Keb Dato Haji Baginda Umbai. Tunggu lampu hijau
dari Guru Besar ia itu Puan Anisah.
- Mendapat call dari guru Panatia Matematik Sek Seri Ampangan Seremban.
(Puan amelia)Program untuk tahun 6 akan diadakan pada 21/1 (khamis depan)
bermula 9.00 pagi.
- mendapat call dari Sekolah Kebangsaan Telok Bahang Pulau Pinang. Masih lagi
dalam perbincangan.dijangka dalam bulan 2.
- Perbincangan dengan KEMAS Umbai. satu siri taklimat kepada Tenaga Pengajar
DUN Serkam akan di adakan pada Jumaat ini jam 2.30 petang.

Aktiviti minggu Pertama

4/1- Berjumpa dengan Guru Besar Sekolah Seri Duyung 2.
Pada dasarnya beliau setuju ;
1)program Bijak Sifir pengukuhan dan pengayaan murid tahun 6
sebanyak 6 kelas terlibat(lapuran akan di siarkan apabila GB besetuju.)
2)program nyanyian lagu sifir untuk Pra-Pendidikan.Kanak-kanak Pra-Pendidikan
telah didedahkan dengan nyanyian lagu sifir.Komen guru
di siarkan dalamasa yang terdekat.
3)program Kelab Bijak Sifir untuk murid tahun 4 dan 5 sebagai projek perintis
4)Rakaman Karaoke Nyanyian Lagu Sifir murid tahun 3 dan 4 akan dibuat
sedikit masa lagi

5/1- Murid tahun 6 (kelas lemah) dijalankan. Ada peningkatan kemahiran membina
sifir asas.
6/1- Ke Pejabat Pelajaran berjumpa dengan Ketua Sektor En .Razali Baharom
dan Ketua unit matematik untuk mendapatkan kebenaran
masuk ke sekolah- di Melaka.